Books
Sort by
Show result

Buku ini mengandungi panduan utama untuk fasa awal kehamilan, kelahiran, sehingga minggu-minggu terawal bersama bayi baru lahir. BabyCenter adalah sumber rujukan yang boleh dipercayai oleh lebih 16 juta ibu bapa di seluruh dunia.

  • Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter adalah paduan sahabat, ibu, doktor, bidan, dan doktor obstetrik, yang memaparkan gabungan kepakaran profesional antenatal dan tips praktikal daripada para ibu bapa yang pernah mengalami situasi sama.
  • Kami bersama para ibu bapa dalam setiap langkah, minggu per minggu: dengan maklumat yang diperlukan, bila ia diperlukan, bagi membantu para ibu bapa membuat pilihan terbaik untuk mereka dan bayi.
  • Apa yang selamat? Apa yang boleh saya makan? Mengapa saya begitu penat dan beremosi? Bagaimana saya akan tahu yang masa bagi melahirkan sudah tiba? Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter ini ada jawapan bagi semua pertanyaan ini.

Buku Kehamilan dari Prakonsepsi sehingga Kelahiran ini mengandungi maklumat tambahan daripada BabyCenter Malaysia.

RM60.00

Kelahiran anak adalah antara nikmat yang terindah untuk pasangan suami isteri. Ibu bapa sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anak. Semuanya mempunyai impian untuk mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi hebat dan berjaya. Namun, satu perkara yang selalu diabaikan adalah faktor susu ibu dalam membantu tumbesaran dan perkembangan anak menjadi insan yang hebat.

Setiap titisan susu ibu ibarat titisan emas yang tidak ternilai harga dan manfaatnya. Susu ibu adalah aset terbaik dan paling berkhasiat yang dimiliki oleh semua ibu. Semua ibu diciptakan dengan keupayaan memberi susu dan semua bayi dilahirkan untuk menyusu. Namun, realitinya amat mengejutkan. Statistik di Malaysia menunjukkan kurang 15% ibu berjaya menyusukan anak mereka secara eksklusif sehingga bayi berumur 6 bulan.

Payudara ibu lebih pandai daripada otak profesor dalam menyediakan formula cecair yang sempurna dan sangat berkhasiat untuk bayi. Buku "Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu" ini adalah manual lengkap penyusuan untuk membantu para ibu memberikan penyusuan eksklusif kepada bayi mereka.

Buku ini ditulis oleh doktor pakar, pensyarah perubatan, dan perunding penyusuan yang bertauliah. Dengan panduan yang berwarna dan langkah demi langkah, para ibu akan didedahkan dengan fakta penyusuan yang sangat menakjubkan. Dilema para ibu akan diselesaikan dengan perkongsian pengalaman ibu-ibu dan nasihat pakar perubatan.

Dapatkan buku ini untuk panduan dan manual lengkap penyusuan susu ibu. Semoga anak-anak dapat membesar dan menjadi insan yang hebat dengan bantuan susu ibu. Tiada istilah kegagalan dalam penyusuan, yang ada hanyalah pengalaman dan pengajaran.

RM60.00